Hadith Rasulullah SAW

Beristighfar dan Bertaubat daripada Dosa :

Telah mengkhabarkan kepadaku Abu Salamah bin Abdul Rahman dengan berkata, telah berkata Abu Hurairah RA : Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (memohon keampunan) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih daripada tujuh puluh kali."

Monday, June 06, 2016

Salam Ramadhan 1437H



(Masa Yang Diwajibkan Kamu Berpuasa Itu Ialah) Bulan Ramadhan Yang Padanya Diturunkan Al-Quran, Menjadi Petunjuk Bagi Sekalian Manusia, Dan Menjadi Keterangan - Keterangan Yang Menjelaskan Petunjuk, Dan (Menjelaskan) Perbezaan Antara Yang Benar Dan Yang Salah. Oleh Itu, Sesiapa Dari Antara Kamu Yang Menyaksikan Anak Bulan Ramadhan (Atau Mengetahuinya), Maka Hendaklah Ia Berpuasa Bulan Itu Dan Sesiapa Yang Sakit Atau Dalam Musafir Maka (Bolehlah Ia Berbuka, Kemudian Wajiblah Ia Berpuasa) Sebanyak Hari Yang Ditinggalkannya Pada Hari-hari Yang Lain. (Dengan Ketetapan Yang Demikian Itu) Allah Menghendaki Kamu Beroleh Kemudahan Dan Ia Tidak Menghendaki Kamu Beroleh Kesukaran. Dan Juga Supaya Kamu Cukupkan Bilangan Puasa (Sebulan Ramadhan) Dan Supaya Kamu Membesarkan Allah Kerana Mendapat PetunjukNya, Dan Supaya Kamu Bersyukur. 


Surah Al-Baqarah, Ayat 185.


Jari Di Susun Rapi. Memohon Maaf Jikalau Kata-Kata Sinis Ku Mencalar Hati. Semoga Ramadhan Kali Ini Lebih Baik Dari Yang Sudah. Semoga Kita Berjaya Mendapatkan Redha Allah Subhanallah Taala. Amin Ya Rabb. Salam Ramadhan 1437H.

Til My Next Post.. Take Care Everyone!

"Ayuh Tingkatkan Amal Ibadah. Kurangkan Sikap Prejudis"

No comments: