Thursday, October 01, 2009

Saja.. Untuk Sharing Sama Abiskita

Extracted From Buku "Warga Perkhidmatan Awam Penggerak Negara Zikir" Terbitan Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. Pengertian Atau Maksud Zikir Ketika Menghadapi Masalah Atau Kesukaran Dalam Menjalankan Tugas Dan Pembayaran Pinjaman.. :

Aku Memohon Ampun Kepada Allah Yang Maha Agung.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Tiada Daya Upaya Dan Tiada Kekuatan Melainkan Dengan Kuasa Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung.

Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah Yang Maha Agung Lagi Maha Penyantun, Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah Tuhan Pentadbir Langit Dan Bumi Dan Pentadbir Arasy Yang Agung.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Segala Puji-Pujian Bagi Allah Tuhan Pentadbir Seru Sekalian Alam Dan Selawat Serta Salam Ke Atas Semulia-Mulia Nabi Dan Rasul; Sayidina Muhammad, Dan Ke Atas Ahli Keluarga Dan Para Sahabat Baginda Sekalian.

Ya Allah! Sesungguhnya Kami Berlindung Kepada-Mu Daripada Keluh Kesah Dan Dukacita Dan Kami Berlindung Kepada-Mu Daripada Lemah Dan Malas Dan Kami Berlindung Kepada-Mu Daripada Tekanan Hutang Dan Kekuatan (Kejahatan Dan Kezaliman) Manusia.

Dan Semoga Allah Melimpahkan Selawat Serta Salam Ke Atas Saiyidina Muhammad Dan Ke Atas Ahli Keluarga Dan Para Sahabat Baginda, Dan Segala Puji-Pujian Bagi Allah Tuhan Pentadbir Seru Sekalian Alam.

If Abiskita Berminat Kan Meminjam Bukunya Kan Difotokopi.. Do Inform Me.. Baik Jua Bukannya Payah Dan Susah Memohon pertolongan Dari Allah Subhanallah Taala.. Insyallah.. Selamat Menyambut Hari Perkhidmatan Awam..=)
True To The Bone!
RicHteR

No comments: