Monday, June 01, 2015

Salam Nisfu Sya'aban


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, semulia-mulia nabi dan rasul dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda semuanya .

Ya Allah, wahai yang empunya kurniaan dan tiada siapa mengurniakan kepadaNya, wahai Yang Empunya segala kebesaran dan kemuliaan, wahai Yang Empunya segala kemurahan dan pemberian, tiada Tuhan melainkan Engkau tempat sandaran hamba-hambaMu yang memohon perlindungan, Engkaulah jua Penaung bagi yang mencari pelindungan, Engkaulah Penenteram bagi mereka yang berada di dalam ketakutan.

Ya Allah, kiranya aku ini tersurat pada sisiMu dalam Lauh Mahfuzh mendapat kesusahan atau ditegah dari beroleh rahmat atau terhindar jauh lagi sempit mendapat rezeki dariMu, maka dengan segala kebajikan yang ada padaMu, Ya Allah, hapuskanlah kesusahan, tegahan dan kesempitan dari beroleh rezekiku. Dan tetapkanlah aku di sisiMu dalam Lauh Mahfuzh sebagai orang yang berbahagia, sentiasa beroleh rezeki, memperoleh pelbagai kurnia dan kebajikan. Sesungguhnya Engkau Ya Tuhan telah berfirman dalam kitab (al-Quran) yang diturunkan melalui lisan NabiMu yang diutus firmannya: يَمْحُوا اللَّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الْكِتَابِ tafsirnya: Allah menghapuskan dan menetapkan apa jua yang dikehendakiNya dan di sisiNya ada Ummul Kitab (Lauh Mahfuzh).

Ya Allah, dengan limpah kemurahanMu pada malam nishf Syaban yang mulia, pada malam dinyatakan segala perkara yang dikehendaki Allah, ditetapkan dan diputuskan, mohon ya Allah lepaskan kami dari segala bala yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui dan apa yang Engkau lebih ketahui. Sesungguhnya Engkau jua Yang Maha Kuasa lagi Maha Mulia.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad serta kepada ahli keluarga dan para sahabat baginda. Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan Pentadbir sekalian alam.

Til My Next Post.. Take Care Everyone!

TRue To THe BOne!
W


"Semoga Segala Amal Kebajikkan Kitani Diterima Oleh Allah Dan Segala Dosa Dihapuskan Jua.."

No comments: